Ramai orang excited nak ke Pulau Perhentianβ¦
Tapi bila sampai jeti baru sedar barang tertinggal.
Ada yang lupa ubat mabuk laut.
Ada yang tak bawa cash.
Ada yang tak tahu line internet lemah.
Akhirnya trip jadi stress.
Kami dah urus ribuan pelanggan ke Pulau Perhentian, dan ini checklist paling lengkap supaya percutian anda berjalan lancar.
Checklist Wajib Bawa Ke Pulau Perhentian (Ramai Terlupa No.7!)
Ramai orang excited nak ke Pulau Perhentian.
Tapi bila sampai jeti baru sedar ada barang penting tertinggal.
Ada yang lupa ubat mabuk laut.
Ada yang tak bawa cash.
Ada yang tak tahu line internet tak stabil.
Akhirnya trip jadi stress.
Kami dah urus ribuan pelanggan ke Pulau Perhentian selama lebih 20 tahun. Ini checklist lengkap supaya percutian anda berjalan lancar dan selamat.
1. Kad Pengenalan / IC
Wajib untuk daftar resort.
Untuk kanak-kanak, pastikan bawa MyKid atau dokumen sah.
2. Wang Tunai (Cash)
Pulau Perhentian sangat terhad ATM.
Walaupun ada tempat terima transfer, line internet kadang tidak stabil.
Cadangan bawa cash untuk:
- Makan tambahan
- Aktiviti snorkeling tambahan
- Sewa kayak
- Perbelanjaan kecil
3. Sunblock & Topi
Matahari di Pulau Perhentian memang kuat.
Tanpa sunblock:
- Kulit boleh terbakar
- Pedih sehingga beberapa hari
Disarankan SPF 50 ke atas.
4. Ubat Mabuk Laut
Perjalanan bot dari Kuala Besut ambil masa sekitar 30β45 minit.
Jika laut bergelora, risiko mabuk laut tinggi.
Tips:
- Ambil ubat 30 minit sebelum naik bot
- Jangan makan terlalu kenyang
5. Beg Kalis Air (Waterproof Bag)
Semasa naik bot, air laut mungkin terpercik.
Simpan telefon, wallet dan powerbank dalam beg kalis air untuk elakkan kerosakan.
6. Pakaian Sesuai & Extra Set
Cadangan:
- Baju ringan dan cepat kering
- Seluar pendek atau pakaian pantai
- Sandal yang selesa
- Extra pakaian untuk perjalanan pulang
7. Powerbank
Ramai pelanggan lupa perkara ini.
Bekalan elektrik bergantung kepada resort dan penggunaan.
Jika banyak ambil gambar atau video, bateri cepat habis.
Powerbank sangat membantu.
8. Ubat Peribadi
Jika anda mempunyai:
- Asma
- Alergi
- Masalah gastrik
- Tekanan darah
Pastikan ubat mencukupi sepanjang trip.
9. Plastik Tambahan
Berguna untuk:
- Simpan baju basah
- Kasut berpasir
- Barang yang lembap sebelum balik
10. Datang Dengan Mindset Untuk Enjoy
Pulau Perhentian adalah pengalaman alam semula jadi.
Datang untuk tenang dan menikmati suasana.
Jangan terlalu fokus pada perkara kecil.
Soalan Popular
Perlu bawa makanan sendiri?
Tidak wajib. Terdapat restoran dan kedai makan di pulau.
Jika membawa anak kecil, boleh sediakan snack tambahan.
Line internet okay atau tidak?
Bergantung kepada telco dan lokasi resort.
Kadang stabil, kadang perlahan.
Nak Trip Lebih Mudah?
Jika anda tidak mahu pening urus bot, resort, jadual dan makan β
Derak.my urus semuanya dari jeti sehingga pulang.
Hubungi kami untuk semak kekosongan tarikh dan pakej Pulau Perhentian.

